Avast Battery Saver untuk Windows
Kami memohon maaf, tetapi produk ini tidak lagi tersedia.
Semak portfolio produk semasa kami untuk melihat sama ada produk lain lebih sesuai dengan anda.
Lebih tenaga untuk kehidupan digital anda
Kita semua pernah mengalaminya: anda hampir menyiapkan dokumen yang amat penting atau hampir selesai menonton filem yang menarik – dan bateri anda mati. Kini anda boleh memanfaatkan bateri komputer riba anda dengan Avast Battery Saver untuk Windows.
Kawal prestasi PC
Melaras paparan anda secara automatik
Mematikan program yang banyak menggunakan tenaga
Paling penting, proses ini berfungsi secara automatik
Apabila anda tidak memasang palam, kami mengekalkan bateri anda secara automatik.
Cara untuk memasang
2. Buka fail
3. Pasang fail tersebut
Keperluan sistem
256 MB RAM atau lebih.
400 MB ruang kosong pada cakera keras.Sambungan Internet diperlukan untuk memuat turun dan memasang program.
Resolusi skrin standard yang optimum tidak kurang daripada 1024 x 600 piksel disyorkan.
Anda mungkin masih tertanya-tanya...
Bagaimanakah Avast Battery Saver meningkatkan hayat bateri?
Untuk menyekat pembaziran kuasa yang tidak perlu dan meningkatkan hayat bateri PC anda, Avast Battery Saver menggunakan tindakan berikut:
- Mengurangkan frekuensi pemproses
- Mengoptimumkan tetapan paparan
- Menyahdayakan Bluetooth dan Wi-Fi (hanya jika fungsi ini tidak digunakan).
Untuk menentukan dengan tepat tindakan yang Avast Battery Saver gunakan untuk memanjangkan hayat bateri, dayakan dan konfigurasi profil Tersuai.
NOTA: Anda boleh melaraskan tingkah laku peranti semasa mana-mana profil dipilih melalui jubin Bluetooth, Wi-Fi dan Kecerahan di bahagian bawah papan pemuka aplikasi.
Adakah Avast Battery Saver akan mengurangkan prestasi sistem?
Bergantung pada profil Penjimat Bateri yang didayakan, Avast Battery Saver boleh mengurangkan kelajuan pemproses anda untuk memanjangkan hayat bateri. Apabila bekerja menggunakan aplikasi pejabat atau melayari web, anda tidak akan melihat perbezaan. Sekiranya anda memerlukan lebih prestasi yang mungkin menjejaskan hayat bateri, anda boleh mengolah tahap prestasi pada menu Tetapan kami.
- Tersuai: Kesan pada prestasi sistem bergantung pada tetapan tersuai anda. Untuk melaraskan prestasi pemproses apabila profil Tersuai didayakan, pergi ke ☰ Menu ▸ Tetapan ▸ Mod tersuai ▸ Perkakasan dan peranti ▸ Prestasi pemproses. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mengkonfigurasi tetapan Profil Tersuai anda, rujuk artikel di bawah:
- Maksimum: Profil ini mengutamakan penjimatan kuasa maksimum, oleh itu anda mungkin dapat perhatikan sedikit penurunan dalam kelajuan pemproses semasa profil ini diaktifkan. Anda tidak boleh menyesuaikan profil Maksimum.
Bolehkah saya menggunakan Avast Battery Saver pada berbilang peranti atau platform?
Bolehkah saya memindahkan langganan saya ke peranti lain?
Ya. Untuk memindahkan langganan anda ke peranti lain:
- 1. Nyahpasang Avast Battery Saver daripada peranti sebelumnya.
- 2. Pasang Avast Battery Saver pada peranti baharu.
- 3. Aktifkan Avast Battery Saver pada peranti baharu.